Monday, June 21, 2010

Kesimpulan

Kesimpulan

Kita mesti sedar akan kepentingan memelihara flora dan fauna semula jadi yang masih ada pada hari ini. Sekarang kawasan hutan sudah cukup kecil, usahlah kita menjadikannya lebih kecil lagi hingga tiada apa yang dapat dilakukan untuk menyelamatkan keadaan. Ingatlah, tanpa hutan, kita tidak akan berada di sini pada hari ini. Jika kita memusnahkan hutan-hutan kita, mungkin kita tidak akan berada lagi di sini pada hari esok.Tiada salahnya meneroka sedikit hutan untuk dibina rumah bagi golongan yang selama ini tiada tempat berlindung, atau untuk bercucuk tanam bagi membekalkan makanan kepada rakyat yang telah lama kebuluran, atau menebang pokok bagi dijadikan kayu papan dan sumber ekonomi. Tetapi ia mesti bersyarat. Syaratnya, secara keseluruhan persekitaran semula jadi tidak menerima kesan negatif yang teruk, dan ia dijalankan dengan terancang dan mengambil perhatian terhadap penjagaan alam sekitar.Pembalakan secara bijak boleh memenuhi keperluan kita terhadap kayu, pada masa yang sama memastikan hutan terus wujud. Penanaman semula hutan dan perladangan hutan adalah antara langkah terkini yang semakin kerap diamalkan di seluruh dunia. Namun, pembalakan haram dan insiden-insiden yang berlaku akibat kepincangan dalam pentadbiran harus dicantas dan dihentikan sama sekali, kerana aktiviti tidak beretika inilah yang menyebabkan kemusnahan hutan paling teruk.Dalam menghadapi isu alam sekitar, antara peraturannya adalah "menerima hakikat" - hakikat bahawa manusia memiliki keperluan, dan alam sekitar memerlukan perlindungan. Jika kita dapat mencari titik pertemuan kedua-dua ini, dengan izin Tuhan bumi ini akan terus menjadi tempat hidup yang terbaik.

Latihan Ulang Kaji Bab 12

Latihan Bab 12 (Jenis & Taburan Tumbuh-Tumbuhan Semula Jadi & Hidupan Liar)


1. Senarai kayu-kayan di atas boleh dijumpai di ...
A. hutan hujan tropika
B. hutan paya air masin
C. hutan paya air tawar
D. hutan gunung


2. Mengapakah cahaya matahari sukar sampai ke lantai hutan hujan tropika?
A. Dihalang oleh akar ceracak
B. Dihalang oleh tumbuh-tumbuhan memanjat
C. Dihalang oleh lapisan emergen
D. Dihalang oleh lapisan kanopi


3. Apakah jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi yang tumbuh di kawasan ketinggian 3 000-4 000
meter di hutan gunung?
A. Pokok oak
B. Pokok tirus
C. Pokok paku pakis
D. Pokok bakau


4. Apakah persamaan ciri hutan paya air masin dan hutan paya air tawar?
A. Tumbuh di kawasan yang bersaliran buruk
B. Terdapat pokok bakau
C. Daun gugur dalam musim kering
D. Terdedah kepada tiupan angin dari laut


*Cengal
*Meranti
*Keruing

5. Antara berikut, yang manakah merupakan tumbuh-tumbuhan semula jadi di hutan sekunder?
A. Tualang
B. Lalang
C. Nibung
D. Kempas


6. Senarai tumbuh-tumbuhan di atas terdapat di ...
A. hutan hujan tropika
B. hutan paya air masin
C. hutan paya air tawar
D. hutan gunung


7. Hidupan liar di atas mungkin sekali hidup di ...
A. hutan pantai
B. hutan paya
C. hutan gunung
D. hutan hujan tropika


8. Senarai di atas merupakan hidupan liar yang hidup di ...
A. Thailand
B. Malaysia
C. Gurun Sahara
D. Siberia



*Bunga rafflesia
*Bunga orkid
*Pokok periuk kera
*Burung kakak tua
*Tapir
*Orang utan
*Musang fennec
*Tikus jerboa

9. Bilakah pokok-pokok jenis daun luruh menggugurkan daunnya di hutan monsun tropika?
A. Musim luruh
B. Musim bunga
C. Musim kering
D. Musim sejuk


10. Antara berikut, pernyataan yang manakah merupakan ciri tumbuh-tumbuhan semula jadi
antara hutan hujan tropika dan hutan monsun tropika?
A. Mempunyai kayu keras yang berharga
B. Pokok berbatang besar dan berkulit tebal
C. Pokok bersifat malar hijau
D. Mempunyai empat lapisan yang nyata


11. Hutan paya air tawar meliputi 80% daripada jumlah kawasan Malaysia. Antara kawasan
berikut, di manakah terdapat hutan paya air tawar di negara kita?
A. Sabak Bernam, Selangor
B. Sekitar Tasik Chini dan Tasik Bera
C. Sekitar Sungai Perak
D. Muara Sungai Delta Rajang


12. Pokok yang dimaksudkan ialah ...
A. pokok kelapa
B. pokok nipah
C. pokok paya bakau
D. pokok ru


13. Mengapakah hutan hujan tropika di negara kita sentiasa malar hijau?
A. Hutan ini mendapat cahaya matahari sepanjang tahun
B. Kawasan Khatulistiwa mendapat hujan lebat sepanjang tahun
C. Jenis pokok-pokok yang tumbuh di sini tidak menggugurkan daunnya
D. Pokok-pokoknya mempunyai sudur yang tebal



*Jenis pokok ini tumbuh di hutan pantai.
*Pokok ini boleh digunakan untuk
membuat perahu.
14. Antara berikut, jenis tanih yang manakah menggalakkan pertumbuhan hutan paya?
A. Aluvium
B. Berpasir
C. Gambut
D. Laterit


15. Antara berikut, tumbuh-tumbuhan asal yang manakah terdapat di sekitar tempat-tempat
dalam senarai di atas?
A. Hutan gunung
B. Hutan paya air tawar
C. Hutan belukar
D. Hutan paya air masin


16. Senarai di atas mengandungi tumbuh-tumbuhan semula jadi di salah satu jenis hutan di
Malaysia. Apakah jenis hutan itu?
A. Hutan paya air tawar
B. Hutan pantai
C. Hutan paya air masin
D. Hutan gunung


17. Tumbuh-tumbuhan semula jadi di kawasan tundra mempunyai daun yang halus untuk ...
A. mencegah perpeluhan yang berlebihan
B. mengurangkan sejatan
C. mencegah kerosakan daun pada musim sejuk
D. meningkatkan sejatan



*Tasik Bera
*Tasik Chini
*Gelam
*Nipah
*Ramin
*Nibung

18. Tumbuh-tumbuhan seperti rumput kasar, kaktus dan semak samun dapat tumbuh kerana ...
A. boleh menyimpan air dalam batang lendirnya
B. membuat makanan sendiri melalui proses fotosintesis
C. boleh tahan kemarau berpanjangan
D. kurang memerlukan air kerana mempunyai sedikit daun


19. Mengapakah hutan lantai Monsun Tropika mempunyai pelbagai jenis tumbuhan secara
padat?
A. Lantainya mempunyai tanih yang subur
B. Cahaya matahari dapat sampai ke lantainya
C. Lantainya sentiasa basah
D. Petani pindah tidak mengganggu pertumbuhan tumbuh-tumbuhan


20. Maklumat di atas memberi keterangan yang tepat tentang lapisan pokok dalam hutan hujan
tropika. Lapisan itu ialah ...
A. lapisan tinggi
B. lapisan muda
C. lapisan pokok renek
D. lapisan lantai hutan


21. Antara berikut, manakah merupakan ciri tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia?
A. Daun berduri
B. Malar hijau
C. Batang berlendir
D. Tumbuh berkelompok



*Tingginya pokok di bawah 5 meter.
*Terdiri daripada pokok paku pakis,
herba dan palma.
*Terdapat pokok jalar dan cendawan.
22. Hutan yang manakah mempunyai keadaan seperti yang digambarkan di atas?
A. Gurun panas
B. Mediterranean
C. Tundra
D. Monsun Tropika


23. Ciri-ciri yang manakah membolehkan tumbuh-tumbuhan hidup di Gurun Panas?
I. Batangnya yang berlendir
II. Akarnya yang panjang
III. Daunnya yang berduri kecil
IV. Biji benih yang berkulit nipis
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV


24. Faktor-faktor yang membolehkan hutan gunung tumbuh subur di Banjaran Crocker ialah ...
I. suhu yang nyaman
II. sinaran matahari yang banyak
III. tanih laterit
IV. saliran baik
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV



Lantai hutan ini ditumbuhi pelbagai jenis
tumbuh-tumbuhan yang padat seperti paku
pakis dan tumbuhan menjalar.
25. Antara berikut, manakah merupakan ciri hutan hujan tropika di Malaysia?
I. Tumbuh-tumbuhannya tumbuh berlapis-lapis
II. Tumbuh-tumbuhan lantainya jarang
III. Daun malar hijau dan berakar banir
IV. Mempunyai akar ceracak untuk bernafas
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

Kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar

Kepentingan Pemeliharaan dan Pemuliharaan Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar


1 Makanan : Manusia bergantung pada tumbuhan dan haiwan untuk makanannya .Masih banyak spesies tumbuhan dan haiwan yang belum diterokai tetapi berpotensi untuk membekalkan makanan kepada populasi manusia dunia yang semakin meningkat .

2 Ubat-ubatan : Semua ubat-ubat tradisi dan sebahagian besar daripada bahan kimia ubat moden diperoleh daripada haiwan dan tumbuhan . Masih terdapat banyak spesies tumbuhan dan haiwan yang belum sempat dikaji tetapi mempunyai potensi untuk merawat penyakit-penyakit seperti barah , AIDS dan sebagainya .

3 Sumber bahan mentah
( a ) Kayu balak merupakan satu sumber yang sangat penting dalam pembinaan rumah dan perabot serta membuat kertas.

( b ) Hasil keluaran seperti kulit haiwan , madu , rotan , damar dan sebagainya berasal daripada tumbuhan dan haiwan .

4 Keseimbangan alam sekitar :

( a ) Tumbuhan dan haiwan memainkan peranan yang sangat penting dalam siratan makanan dan keseimbangan alam .

( b ) Tumbuhan hijau menolong mengekalkan kandugan gas oksigen dalam atmosfera yang perlu untuk haiwan dan manusia bernafas . Sebaliknya haiwan dan manusia membebaskan gas karbon diosida yang diperlukan oleh tumbuhan dalam fotosintesis .
( c ) Tumbuhan menapis kebanyakan debu dalam udara serta menyerap gas kasbon dioksida dan dengan itu membantu mengawal pencemaran udara .
( d ) Tumbuhan memperlahankan aliran air hujan dan dengan itu mengelakkan banjir , hakisan tanah dan tanah runtuh daripada berlaku semasa hujan turun .
( e ) Tumbuhan melindungi permukaan bumi daripada sinaran langsung cahaya matahari , langsung mengurangkan penyejatan air dan membantu menyejukkan permukaan bumi .

5 Sumber air : Tumbuhan dalam hutan hujan merupakan kawasan tadahan air yang sangat penting untuk mengisi empangan dan membekalkan keperluan air kepada manusia .

6 Rekreasi : Kepelbagaian haiwan dan tumbuhan mengekalkan keindahan semula jadi alam sekitar untuk aktiviti riadah dan rekreasi manusia . juga ia menjadi satu daya tarikan kepada pelancong dan menyumbang kepada ekonomi negara .

7 Ekonomi : hasil keluaran tumbuhan dan haiwan seperti hasil tanaman , hasil tangkapan ikan , kayu balak , damar ,ubat-ubatan , kulit dan sebagainya memberikan pendapatan kepada negara .

Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Tumbuh-Tumbuhan Semula Jadi Dan Hidupan Liar

Kesan Kegiatan Manusia terhadap Tumbuh - tumbuhan Semulajadi dan Hidupan Liar

Perkembangan ekonomi dan pertambahan penduduk yang pesat telah menyebabkan beribu-ribu hektar hutan ditebang untuk dijadikan kawasan pembalakan, pertanian , petempatan, perindustrian dan pengangkutan.Tahukah anda, penebangan hutan secara berluasa ini telah mendatngkan beberapa kesan negatif yang dapat menjejaskan kesejahteraan hidup manusia?
Penebangan hutan yang tidak terancang untuk aktiviti pembalakantelah menggangu keseimbangan ekosistem hutan tersebut .Ketidakseimbangan ekosistem ini mengurangkan sumger makanan dan habitat semula jadi hidupan liar .Akibatnya, terdapat sebilangan spesis hidupan liar tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan ekosistem yang baru.
Gangguan ini seterusnya akan menyebabkan kematian serta kejatuhan kadar pembiakan hidupan liar yang sedang mengalami kepupusan di Malaysia ialah orang utan, harimau, badak sumbu, seladang, tapir, siamang dan memerang.Generasi yang akan datang mungkin tidak berpeluang untuk mengenali kehidupan-kehidupan ini lagi.

Kepentingan Tumbuhan Semula Jadi

KEPENTINGAN TUMBUHAN SEMULAJADI

1) Membekalkan oksigen kepada manusia melalui proses fotosintesis.
2) Menyederhanakan suhu melalui:
a) proses fotosintesis dan sejat peluhan.
b) Silara / payung yang menghalang cahaya matahari dari terus sampai ke permukaan bumi - mengurangkan kadar luluhawa fizikal.
1) Menghalang tiupan angin kencang.
2) Sumber kayu balak (kayu keras / lembut).
3) Sumber perubatan tradisional, rotan

4) Bekalan kain bulu untuk industri kasut / pakaian
5) Habitat kepada haiwan.
6) Mengekalkan rantaian makanan haiwan herbivor
7) Sumber kraftangan seperti rotan dan buluh.
8) Kawasan tadahan hujan.
9) Akar pokok memperlahankan aliran air hujan - mengurangkan hakisan tanah.

10) Kawasan rekreasi / pelancongan melalui aktiviti tracking.
11) Menggalakkan proses larut resap- punca air bagi sungai.
12) Akar pokok mengurangkan kelajuan aliran air - kurangkan hakisan.
13) Mengurangkan bebanan sungai - menghalang berakunya banjir.
14) Mengekalkan kesuburan tanah - membekalkan humus / nutrien.
15) Pekerjaan bagi pemburu / pembalak / renjer.

FAKTOR – FAKTOR KEMUSNAHAN DAN KEPUPUSAN

FAKTOR – FAKTOR KEMUSNAHAN DAN KEPUPUSAN

Masalah pembalakan haram
a) Menurut laporan Trade Record Analysis of Fauna and Flora menyatakan diantara 1986 hingga jun 1990 , 500,000 hektar hutan di Malaysia ditebang tetapi kawasan yang dibenarkan hanya 320,000 hektar sahaja.

b) Pembalakan haram juga menebang spesis pokok yang dilindungi seperti Meranti dan Cengal.
c) Membalak di kawasan perlindungan seperti di kawasan hutan simpan dan Taman Negara.
d) Apabila kegiatan pembalakan dijalankan ia juga memusnahkan spesis tumbuhan yang lain contohnya apabila pokok balak tumbang ia juga akan memusnahkan tumbuhan kecil yang berada disekitar itu. Ia juga akan menyebabkan binatnag-binatang yang hidup dikawasan itu dan lari dan mati.

Pembakaran Hutan
a) Pembakaran hutan secara terbuka seperti yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera. Ia akan menyebabkan spesis-spesis yang terancam yang ada dikawasan tersebut akan musnah

Pembukaan Tanah Baru
a) Pembukaan kawasan pertanian baru seperti pembukaan tanah – tanah rancangan oleh Felda dan Felcra yang turut memusnahkan spesis tumbuh – tumbuhan

Pemburu Haram
a) Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan di Malaysia adalah merupakan satu faktor yang menjurus kepada kemusnahan habitat dan spesis haiwan ini.
b) Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan bintang ini malahan mengaut keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini.
c) Pemintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap bintanag ini menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa.
d) Harimau Malaya meruapa satu spesis yang kian terancam kerana pemburuan terhadapnya. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja.

Peningkatan Suhu Dunia
a) Faktor peningkatan suhu dunia ini juga adalah antara punca utama kepupusan flora dan fauna.
b) Faktor perubahan iklim ini bukalah perkara baru dalam kepupusan flora dan fauna ini dimana antara faktor kepupusan binatang prasejaran seperti ‘dinasaour’ adalah disebabkan perubahan cuaca dunia.
c) Fenomena Elnino yang menyebabkan peningkatna suhu dunia yang mendadak ini menyebabkan ada sesetengah speisi haiwan dan tumbuhan yang terancam terutama haiwan dan tumbuhan dan tidak sesuai dengan cuaca panas. Faktor ini akan mnyebabkan kepupusan hidupan ini.

Pencemaran
a) Seperti mana kita maklumi bahawa keadaan pencemaran yang teruk akan menyebabkan kepupusan haiwan dan tumbuhan. Faaktor ini yang menyebabakan banyak hidupan akuatik kian pupus.
b) Hidupan seperti ikan lumba-luma dan paus pembunuh (killer weil) semakin pupus disebabkan pencemaran air terutama disebabkan oleh tumpahan minyak dilaut dan kegitan manusia yang suka mengotorkan laut.
c) Beruang panda yang merupakan antara habitat yang istimewa yang hanya terdapat di negara China kian terancam kepupusannya disebabkan pencemaran alam. Kepupusan pokok buluh juga menjadi penyebab kepada kepupusan hidupan ini kerana pokok buluh merupakan makanan utama habitat ini.

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi Di Malaysia

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi Di Malaysia





Pengenalan

Pengenalan

Negara kita sangat bertuah kerana mempunyai pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi yang unik dan istimewa. Jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi di negara kita termasuklah hutan hujan tropika, hutan gunung, hutan paya (air tawar dan air masin), dan hutan pantai (Lihat peta taburan hutan di bawah). Setiap jenis tumbuhan ini tumbuh di kawasan yang berlainan. Tahukah anda kenapakah keadaan ini terjadi?.
Taburan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia adalah bergantung kepada empat faktor utama, iaitu bentuk muka bumi, iklim, jenis tanih, dan saliran.




Kepupusan hidupan liar dan spesis pokok

Kegiatan manusia yang tidak dirancang seperti aktiviti pembalakan boleh menyebabkan kesan negatif ke atas keseimbangan alam. Penebangan hutan yang keterlaluan menyebabkan kepupusan spesies pokok seperti pokok meranti, cengal dan balau. Penebangan hutan juga boleh menyebabkan habitat haiwan liar terganggu menyebabkan kepupusan haiwan liar seperti gajah, badak,harimau kerana kehilangan kawasan habitat dan sumber makanan. Kegiatan penebangan hutan untuk tujuan pertanian juga membawa permukaan tanah terdedah kepada hakisan tanah dan tanah runtuhterutama sekali apabila berlaku hujanSekali lagi, keseimbangan ekologi terancam dan dunia kehilangan suatu khazanah yang tidak dapat diganti dengan kebijaksanaan manusia. Alam semula jadi telah membina semuanya selama jutaan tahun, sementara tangan manusia mampu menghancurkannya dalam tempoh hanya beberapa dekad.

Pencemaran Air ,Aktiviti Perikanan dan Pemburu Haram.

Pemburu Haram

Aktiviti pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan di Malaysia adalah merupakan satu faktor yang menjurus kepada kemusnahan habitat dan spesis haiwan ini. Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan bintang ini malahan mengaut keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini. Pemintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap binatang ini menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa. Harimau Malaya merupakan satu spesis yang kian terancam kerana pemburuan terhadapnya. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahajaAntara haiwan yang diburu bagi tujuan seperti berikut :

§ Beruang - diburu kerana kelenjar hempedunya- daging dan tapak kaki- makanan eksotik
§ Penyu - telur - tenaga batin- daging
§ Badak - tanduk - untuk perubatan tradisional
§ Gajah - untuk gading
§ Harimau - untuk perubatan sementara anggotanya berharga (perhiasan)

Aktiviti Perikanan

Aktiviti perikanan merupakan aktiviti ekonomi yang sangat penting terutama sekali di kawasan pinggir laut, sungai dan tasik. Kaedah perikanan tradisional yang diamalkan oleh nelayan dengan menggunakan pancing, pukat, jala dan bubu tidak mengancam kepupusan sumber ikan. Aktiviti perikanan moden yang menggunakan teknologi moden seperti penggunaan bot, kapal dan juga pukat tunda membawa kesan terhadap ekologi laut yang mengancam hidupan akuatik sekaligus boleh menyebabkan ancaman sumber protein berasaskan sumber laut.


Pencemaran Air
Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan,keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan.Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi,kimia dan fizik.Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas,cecair dan pepejal. Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair.Oleh itu,pencemaran air juga merupakan faktor kepada penyumbang kepupusan flora dan fauna. Antara punca-punca pencemaran air ialah sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan. Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah,minyak dan najis oleh sesetengah pihak individu juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran air.

Pembakaran Hutan dan Pembukaan Tanah Baru

Pembakaran hutan

Pembakaran hutan yang dilakukan secara terbuka Ia akan menyebabkan spesis-spesis yang terancam yang terdapat dikawasan tersebut akan musnah. Contohnya pembakaran hutan yang berlaku di Kalimantan dan sumatera. Secara tidak langsung hidupan dan tumbuhan yang berada disekeliling hutan tersebut akan pupus dan mati kerana kehilangan tempat tinggal kerana habitatnya telah musnah. Seperti sedia maklum satu lagi kejadian pembakaran terbuka yang berlaku di Australia. Sudah pasti hidupan flora dan fauna yang berada disekeliling kawasan tersebut akan mati.Aktiviti pertanian yang dilakukan tanpa mengambil kira kepentingan alam semula jadi juga mengakibatkan kesan yang amat buruk terhadap usaha mengekang pengecutan hutan. Sikap sesetengah pihak di negara membangun yang lebih gemar mengambil jalan mudah, seperti mengamalkan "tebas dan bakar" (slash and burn) bukan saja membuatkan satu-satu kawasan hutan lenyap sama sekali, bahkan pembakaran yang tidak terkawal ada kalanya mengakibatkan api merebak dan menjadi kebakaran hutan yang serius dan secara tidak langsung menyumbang kepada faktor kepupusan flora dan fauna.

Pembukaan Tanah Baru.

Pembukaan tanah seperti kawasan pertanian baru,pembukaan tanah - tanah rancangan oleh Felda dan Felcra juga turut memusnahkan spesis tumbuh- tumbuhan Pelbagai aktiviti manusia menyumbang kepada kemusnahan hutan seluruh dunia. Antara yang paling kritikal (dan paling cepat menjilat hutan-hutan kita) adalah pembukaan kawasan baru untuk penempatan manusia dan aktiviti ekonomi. Apabila jumlah penduduk dunia meningkat, kita memerlukan kawasan yang lebih luas untuk membina rumah, kawasan industri, perniagaan dan pertanian, jaringan pengangkutan serta perkhidmatan berkaitan seperti loji bekalan air dan tapak pelupusan sampah.Contohnya pembukaan tanah baru di Lojing Gua Musang Kelantan dimana penyerahan tanah secara besar-besar kepada beberapa syarikat dengan yang bertujuan untuk membuka kawasan pertanian seperti kebun sayur. Bagi tujuan itu maka banyak hutan ditebang dan dibersihkan dan flora dan fauna yang berada disekeliling kawasan itu akan mengalami kepupusan.

Pembalakan haram

Pembalakan Haram

Pembalakan haram yang beroperasi berluasa faktor utama yang menyebabkan kepupusan flora dan fauna. Menurut laporan Trade Record Analysis of Fauna and Flora, di antara 1986 hingga jun 1990 , dianggarkan 500,000 hektar hutan di Malaysia ditebang iaitu melebihi 320,000 hektar kawasan yang dibenarkan. Operasi pembalakan haram ini telah menyebabkan penebangan spesis pokok yang dilindungi seperti Meranti dan Cengal. Kebiasaanya aktiviti pembalakan haram ini berlaku di kawasan perlindungan seperti kawasan hutan simpan dan Taman Negara. Pembalakan haram ini turut memusnahkan hidupan flora dan fauna yang lain.Pokok balak yang tumbang memusnahkan tumbuhan kecil disekitarnya dan menyebabkan haiwan kehilangan tempat tinggal dan secara tidak langsung tumbuhan dan haiwan itu mengalami kepupusan.Pembalakan haram dan pembalakan yang tidak dikawal boleh menyebabkan kemusnahan ekologi hutan yang boleh membawa kepada perubahan suhu setempat.Aktiviti pembalakan harus dikawal kerana kemusnahan sesebuah kawasan hutan memerlukan masa selama 40 tahun untuk pulih semula.

Hutan

CIRI-CIRI

1. Tumbuhan khatulistiwa
a. Hutan ini biasanya tumbuh di kawasan tanah pamah dan kaki bukit yang kurang daripada 1200m tinggi.
b. Tumbuhannya malar hijau, padat, tinggi, lurus, berakar banir, berdaun lebat dan tumbuhan berlapis.


2. Hutan pantai
a. Tumbuh di kawasan pinggir laut yang berpasir dan terdedah kepada tiupan angin yang kencang.

3. Tumbuhan gunung
a. Hutan gunung yang terdapat di kawasan yang ketinggiannya melebihi 1000m.
b. Hutan ini tumbuh jarang dan bantut sementara dikemuncaknya ditumbuhi lumut, kulampair dan paku pakis.

4. Hutan paya air masin
Hutan ini tumbuh subur di pinggir laut yang terlindung atau muara sungai yang berlumpur dan dilanda air pasang.

5. Tumbuhan paya air tawar
Terdapat di kawasan pedalaman dan kaki bukit yang bersaliran buruk.

Kawasan Semulajadi

JENIS-JENIS TUMBUHAN SEMULAJADI

1. Tumbuhan khatulistiwa
2. Tumbuhan pantai
3. Tumbuhan gunung
4. Hutan sekunder
5. Tumbuhan paya air masin
6. Tumbuhan paya air tawar

TABURAN KAWASAN

1.Tumbuhan Khatulistiwa Meliputi:
a. 60 peratus daripada bahagian tengah Semenanjung Malaysia.
b. 75 peratus daripada pedalaman Sabah dan Sarawak.

2. Tumbuhan pantai ditemui di :

b. Pantai timur Semenanjung Malaysia.
c. Pantai barat Sabah.

3. Tumbuhan paya air masin
a. Pantai barat Semenanjung Malaysia (Sekitar muara Sungai Perak dan Sungai Bernam)
b. Pantai timur dan tenggara Sabah.
c. Sekitar muara Sungai Rajang dan Sungai Baram, Sarawak.

a. Tumbuhan paya air tawar meliputi :
I. Sabak Bernam, Selangor.
II. Pekan dan di sekitar Tasik Bera serta Tasik Cini, Pahang.
III. Delta Rajang, Sarawak.
IV. Dari Kelantan ke Johor.

Jenis dan Taburan Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar

Jenis dan Taburan Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar

Kepentingan Kawasan Hutan (TUMBUHAN SEMULAJADI)

1. Membekalkan kayu balak untuk dibuat perabot, papan lapis, rumah, perahu, dan sebagainya.

2. Kayu bakau untuk dibuat kayu api, kayu arang, dan tiang kelong.

3. Sumber buluh, rotan, dan mengkuang untuk kraftangan.

4. Membentuk kawasan tadahan air dan boleh mengurangkan banjir.

5. Bahan makanan seperti petai, jering, kerdas, dan perubatan tradsional.

6. Kawasan rekreasi yang cantik dan banyak keistimewaan.

7. Keseimbangan alam dan menyederhanakan suhu dan mengawal kamarau.

8. Mencegah hakisan tanah terutama kawasan bukit.

9. Kawasan habitat flora dan fauna.

10. Sumber pekerjaan penduduk sebagai, pembalak, petani dan sebagainya.

11. Kawasan tadahan untuk punca sungai dan bekalan air untuk kegunaan manusia.