Monday, June 21, 2010
Kepupusan hidupan liar dan spesis pokok
Pencemaran Air ,Aktiviti Perikanan dan Pemburu Haram.
Aktiviti pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan di Malaysia adalah merupakan satu faktor yang menjurus kepada kemusnahan habitat dan spesis haiwan ini. Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan bintang ini malahan mengaut keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini. Pemintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap binatang ini menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa. Harimau Malaya merupakan satu spesis yang kian terancam kerana pemburuan terhadapnya. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahajaAntara haiwan yang diburu bagi tujuan seperti berikut :
§ Beruang - diburu kerana kelenjar hempedunya- daging dan tapak kaki- makanan eksotik
§ Penyu - telur - tenaga batin- daging
§ Badak - tanduk - untuk perubatan tradisional
§ Gajah - untuk gading
§ Harimau - untuk perubatan sementara anggotanya berharga (perhiasan)
Aktiviti perikanan merupakan aktiviti ekonomi yang sangat penting terutama sekali di kawasan pinggir laut, sungai dan tasik. Kaedah perikanan tradisional yang diamalkan oleh nelayan dengan menggunakan pancing, pukat, jala dan bubu tidak mengancam kepupusan sumber ikan. Aktiviti perikanan moden yang menggunakan teknologi moden seperti penggunaan bot, kapal dan juga pukat tunda membawa kesan terhadap ekologi laut yang mengancam hidupan akuatik sekaligus boleh menyebabkan ancaman sumber protein berasaskan sumber laut.
Pembakaran Hutan dan Pembukaan Tanah Baru
Pembakaran hutan yang dilakukan secara terbuka Ia akan menyebabkan spesis-spesis yang terancam yang terdapat dikawasan tersebut akan musnah. Contohnya pembakaran hutan yang berlaku di Kalimantan dan sumatera. Secara tidak langsung hidupan dan tumbuhan yang berada disekeliling hutan tersebut akan pupus dan mati kerana kehilangan tempat tinggal kerana habitatnya telah musnah. Seperti sedia maklum satu lagi kejadian pembakaran terbuka yang berlaku di Australia. Sudah pasti hidupan flora dan fauna yang berada disekeliling kawasan tersebut akan mati.Aktiviti pertanian yang dilakukan tanpa mengambil kira kepentingan alam semula jadi juga mengakibatkan kesan yang amat buruk terhadap usaha mengekang pengecutan hutan. Sikap sesetengah pihak di negara membangun yang lebih gemar mengambil jalan mudah, seperti mengamalkan "tebas dan bakar" (slash and burn) bukan saja membuatkan satu-satu kawasan hutan lenyap sama sekali, bahkan pembakaran yang tidak terkawal ada kalanya mengakibatkan api merebak dan menjadi kebakaran hutan yang serius dan secara tidak langsung menyumbang kepada faktor kepupusan flora dan fauna.
Pembukaan tanah seperti kawasan pertanian baru,pembukaan tanah - tanah rancangan oleh Felda dan Felcra juga turut memusnahkan spesis tumbuh- tumbuhan Pelbagai aktiviti manusia menyumbang kepada kemusnahan hutan seluruh dunia. Antara yang paling kritikal (dan paling cepat menjilat hutan-hutan kita) adalah pembukaan kawasan baru untuk penempatan manusia dan aktiviti ekonomi. Apabila jumlah penduduk dunia meningkat, kita memerlukan kawasan yang lebih luas untuk membina rumah, kawasan industri, perniagaan dan pertanian, jaringan pengangkutan serta perkhidmatan berkaitan seperti loji bekalan air dan tapak pelupusan sampah.Contohnya pembukaan tanah baru di Lojing Gua Musang Kelantan dimana penyerahan tanah secara besar-besar kepada beberapa syarikat dengan yang bertujuan untuk membuka kawasan pertanian seperti kebun sayur. Bagi tujuan itu maka banyak hutan ditebang dan dibersihkan dan flora dan fauna yang berada disekeliling kawasan itu akan mengalami kepupusan.