Monday, June 21, 2010

Kesimpulan

Kesimpulan

Kita mesti sedar akan kepentingan memelihara flora dan fauna semula jadi yang masih ada pada hari ini. Sekarang kawasan hutan sudah cukup kecil, usahlah kita menjadikannya lebih kecil lagi hingga tiada apa yang dapat dilakukan untuk menyelamatkan keadaan. Ingatlah, tanpa hutan, kita tidak akan berada di sini pada hari ini. Jika kita memusnahkan hutan-hutan kita, mungkin kita tidak akan berada lagi di sini pada hari esok.Tiada salahnya meneroka sedikit hutan untuk dibina rumah bagi golongan yang selama ini tiada tempat berlindung, atau untuk bercucuk tanam bagi membekalkan makanan kepada rakyat yang telah lama kebuluran, atau menebang pokok bagi dijadikan kayu papan dan sumber ekonomi. Tetapi ia mesti bersyarat. Syaratnya, secara keseluruhan persekitaran semula jadi tidak menerima kesan negatif yang teruk, dan ia dijalankan dengan terancang dan mengambil perhatian terhadap penjagaan alam sekitar.Pembalakan secara bijak boleh memenuhi keperluan kita terhadap kayu, pada masa yang sama memastikan hutan terus wujud. Penanaman semula hutan dan perladangan hutan adalah antara langkah terkini yang semakin kerap diamalkan di seluruh dunia. Namun, pembalakan haram dan insiden-insiden yang berlaku akibat kepincangan dalam pentadbiran harus dicantas dan dihentikan sama sekali, kerana aktiviti tidak beretika inilah yang menyebabkan kemusnahan hutan paling teruk.Dalam menghadapi isu alam sekitar, antara peraturannya adalah "menerima hakikat" - hakikat bahawa manusia memiliki keperluan, dan alam sekitar memerlukan perlindungan. Jika kita dapat mencari titik pertemuan kedua-dua ini, dengan izin Tuhan bumi ini akan terus menjadi tempat hidup yang terbaik.

9 comments:

  1. thank you for the post ; its vry useful (:

    ReplyDelete
  2. Thank You 4 d information.
    Great job! :D

    ReplyDelete
  3. Ini adalah satu kajian yang lengkap terhadap alam semulajadi dan kesan kegiatan negatif manusia memberi kepadanya. Semoga semua orang manusia boleh bersedar dan berhenti segala kegiatan yang haram itu. Lavender L

    ReplyDelete
  4. Syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar yang berumur 13 ini kerana dapat memberi satu kajian semulajadi yang sungguh bagus. Lavender L

    ReplyDelete
  5. THANK YOU ! :D

    no problem if you are thanking me about the information . :)

    ReplyDelete
  6. Kajian ini sangat bagus.Kita harus berusaha meneruskan perlindungan persekitan alam semula jadi.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Impresive Imformation. It helps me So Much!!! Thank You :D

    ReplyDelete
  9. thankyou for the information. It helps me so much!!!

    ReplyDelete